Posts

Showing posts from 2020

Cara mandi garam yang betul

Assalamulaikum salam Ramadan buat semua. Kita sudah masuk hari ke 5 berpuasa, Allahuakbar pantasnya masa berjalan. Kita sudah berada di penghujung dunia, waktu bagai berlari. Dan kita juga masih berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan , entah bila Covid-19 akan berakhir.  Ramai ustaz mengingatkan waktu mewah, bahagia kita semakin penghujung dan kita bakal meniti hari-hari sukar. Dajjal semakin hampir nak keluar.Tapi perasan tak, orang tetap tak takut dan masih bermain sihir. Tukang sihir, bomoh dan dukun masih berleluasa menjual ilmu untuk menyakiti orang. Semakin dunia hampir kiamat makin orang dekat dengan jin dan syaitan. Allahuakbar. Mengulas tajuk tentang cara berkesan mandi garam. Ingat ye kita ini berikhtiar , yang menyembuh sudah tentu Allah SWT oleh itu berniatlah bahawa kita memohon kesembuhan dari Dia. Garam hanya asbab , semoga Allah meredai usaha kita untuk sembuh. Niatkan sembuh untuk menambah iman dan amal. Ambil segenggam garam, masukkan dalam secebuk a...

Merawat santau angin menggunakan buah tembikai

Macam kelakar je tajuknya kan. Takkanlah semudah itu. Ye semudah A to z. Pernah tak tiba-tiba perut penuh angin, tiba-tiba jadi buncit. Keras dan tak selesa sangat . Nak buang airpun tak boleh. Mudah sahaja. Beli sebiji tembikai, sebiji ye tuan puan bukan sepotong kecik. Simpan dalam peti sejuk semalaman hingga betul- betul sejuk . Selepas itu potong dua. Simpan sebelah dalam peti sejuk manakala sebelah lagi makanlah sehingga habis. Kalau mampu habiskan dua potong dalam dua kali makan, contoh sekali pagi sekali malam. Makan ketika perut kosong. Insya Allah perut yang keras akan kembali lembut. Selamat merawat diri sendiri.

Sihir duit syiling

Assalamualaikum...apa khabar? Bertemu lagi dalam blog teknik merawat diri. Kebelakangan ini kerap kita dengar orang menggunakan sihir syiling. Sihir syiling? Apa tu? Ya, sihir menggunakan duit syiling. Sayapun terpaksa google apa fungsi sihir duit syiling ni..hehe. Ingat saya bukan perawat ya, saya juga banyak belajar dan masih sedang belajar. Google punya google saya dapatlah jawapannya. Sihir ini untuk merosakkan perniagaan seseorang, biasanyalah namun boleh juga digunakan untuk tujuan menyusahkan individu  supaya sakit dan macam macam lagilah tujuannya. Syiling ni biasanya dicampak di kawasam rumah. Dan biasanya dicampak di depan pintu atau muka jalan atau juga di dalam kawasan rumah atau kedai. Kalau jumpa jangan pegang ya. Nanti tercapailah impian tuan punya syiling tu. Apa yang perlu buat bila jumpa, ambil duit tu tapi jangan direct guna tangan. Masukkan dalam satu bekas dan dalam bekas tu masukkan segenggam garam. Kalau sihir tu baru dihantar dapatlah tengok ...