Posts

Showing posts from 2018

Teknik Merawat Diri 4

Selain menggunakan sumber alam kaedah lain yang boleh kita gunakan ialah teknik tepukan.   Teknik perubatan Islam biasanya menggunakan kayu, rotan atau ranting. Dan biasanya perawat yang akan merotan atau memukul pesakit. Ada juga perawat yang menggunakan teknik memukul dengan penyapu. Terpulang kepada ilmu dan kepandaian masing-masing. Namun teknik tepukan ini sebenarnya bersamaan dengan amalan yang dilakukan Rasullullah. Diriwayatkan Rasullullah pernah memukul bahagian tubuh sahabat untuk mengeluarkan makhluk yang diam di dalam tubuhnya. Menggunakan teknik ini, kita boleh menepuk bahagian tubuh yang sakit menggunakan tapak tangan berulang kali hingga hilang sakit tersebut. Selagi masih sakit teruskan merawat diri kerana biasanya ilmu yang dihantar tidak akan musnah dengan sekali tepukan. Pernah terjadi tapak tangan ditumbuhi biji dan menjadi gatal serta berair. Kulit tangan juga tercabut. Selepas konsisten menampar tapak tangan selepas setiap kali selesai solat, biji -bij...

Teknik Memagar Diri

Assalamualaikum Pagi ini saya ingin memperkenalkan teknik merawat dan memagar diri agar selamat dari gangguan makhluk yang tidak terlihat. Kali ini bukan menggunakan sumber alam sebaliknya nenggunakan kalimah zikir laillahailallah. Sekiranya serangan terlalu kuat amalkan zikir ini untuk membenteng diri. Bacalah sebanyak yang kita mampu dan niatkan untuk memagar diri dari serangan jin dan sebarang makhluk halus serta mata ain. Insya Allah , jin tidak akan dapat memasuki tubuh kita. Jika dengan izin Allah juga sakit ini akan pulang kembali kepada tuannya. Selamat merawat diri sendiri.

Teknik Merawat Diri 3

Assalamualaikum, Bertemu lagi dalam teknik merawat diri. Ini kaedah yang paling saya suka dan menjadi amalan saya yang berterusan. Jika diamalkan secara istiqamah akan kelihatan kesan positifnya. Kaedah yang seterusnya mengunakan bawang putih. Bawang putih mengikut sains merupakan antibiotik terbaik untuk merawat serangan fizikal dan juga untuk kesihatan jantung. Selain itu, bawang putih juga popular di negara barat untuk menjauhkan diri dari entiti asing , hingga dikatakan mereka menggantung bawang putih di pintu masuk rumah untuk mengelakkan gangguan makhluk halus. Mungkin kita sebagai orang Melayu kurang percaya dengan keampuhan bawang putih dalam menangani gangguan makhluk tak berjasad. Sebenarnya aroma bawang putih sangat dibenci oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Baunya yang agak pelik dan menusuk biasanya menyebabkan mereka kesakitan. Dalam Islam sendiri orang yang memakan bawang tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid kerana dibimbangi mengganggu kosentra...

Teknik merawat diri 2

Assalamualaikum, Hari ni baru ada mood nak sambung balik teknik merawat diri. Teknik seterusnya ialah menggunakan limau. Tahukah pembaca limau banyak kegunaannya. Limau yang boleh digunakan untuk merawat diri termasuklah limau purut, limau nipis, lemon dan limau sunkist. Bagaimana caranya?  Mudah sahaja. Limau boleh digunakan untuk makan, mandi dan menjadi air minuman. Kalau untuk dijadikan mandian gunakan limau nipis atau limau purut . Campurkan perahan limau dengan sebaldi air, sebanyak mana bilangan limau itu tidak menjadi masalah.  Namun sebaik-baiknya dalam bilangan ganjil. Limau juga boleh dimakan. Amalkan makan limau sunkist atau apa sahaja jenis limau yang boleh dimakan untuk menjauhkan gangguan sebanyak sebiji sehari. Limau juga boleh dijadikan air minuman. Minum tanpa gula atau dengan gula.  Saya suka minum bergula.Ada juga teknik perubatan yang mencampurkan limau dengan garam. Sebenarnya campuran tersebut kurang berkesan. Kalau minum garam, ambillah ...

Teknik merawat diri 1

Assalamualaikum Kembali bertemu di dunia maya. Kembali bertemu untuk belajar merawat diri. Sebenarnya tidak sukar untuk merawat diri sendiri jika kita tahu caranya. Kita cuma perlu menggunakan sumber alam yang ada di sekitar kita sahaja. Saya tidak menggunakan apa-apa bacaan, jampi atau serapah, azimat atau mantera. Hanya sumber alam semata-mata. Teknik pertama Menggunakan garam Ramai yang tidak tahu bahawa garam merupakan bahan asas di dapur yang sangat mujarab untuk menjauhkan makhluk halus. Ada pelbagai cara dan teknik menggunakan garam dalam kaedah merawat diri sendiri. Pertama jadikan garam air minuman. Bancuh sesudu kecil garam dengan air sejuk atau air mati. Minumlah , terutama jika serangan sangat kuat. Kita akan terasa tubuh yang sakit menjadi lega dan serangan tiba-tiba berkurangan. Kedua ambil garam sebelum makan . Ini amalan Rasulullah. Baginda mencelup hujung jari ke dalam garam dan dicecah sedikit ke mulut sebelum makan.Tujuannya untuk menghapuskan sihir dan ke...

Mengenali jenis jin dan serangannya

Assalamualaikum, Sebelum kita belajar teknik merawat diri , marilah belajar mengenali jenis jin dan penyakit yang dibawanya. Saya bukan perawat dan saya bukan ahli dalam bidang ini. Saya hanya berkongsi pengalaman saya selepas bertahun- tahun membina kekuatan dan mencari jalan penyelesaian bagi penyakit saya. Jenis jin dan penyakit yang dibawanya antaranya ialah a. Jin angin Jin angin ini ialah jin yang menyerang kita dalam bentuk angin. Biasanya tiba-tiba angin terasa memasuki badan, perut menjadi keras, sukar buang air besar dan air kecil. Saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz yang menyatakan  beliau dimasukkan ke wad dan ditebuk di sana dan di sini kerana tak boleh membuang air kecil . Memang siksa jika tidak dapat membuang air kecil. Dan lebih siksa bila doktor tak dapat menemukan punca penyakit kita. b. Jin malas Jin ni saya panggil jin malas, sebab jin ni menyebabkan kita jadi malas. Kita malas nak bangun pagi, malas nak pergi kerja, malah nak buat apa-apapun ...

Teknik merawat diri

Assalamualaikum, Hari ini gangguan jin semakin menjadi-jadi. Sering kita dengar orang diganggu oleh makhluk halus hingga sakit bertahun-tahun tak sembuh-sembuh. Puas mereka berubat dan berikhtiar namun kesembuhan tidak juga kunjung datang. Ramai yang hingga hari ini masih berikhtiar untuk merawat diri sendiri. Namun masih sakit hingga kerja tergadai, hubungan dengan orang tersayang putus malah pesakit seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Bagi yang kuat masih boleh meneruskan kehidupan tapi bagi yang jiwanya lemah mereka akan mengalah dari awal lagi. Namun jangan bimbang, setiap sakit yang Allah beri pasti ada penawarnya. Tentu ada cara untuk menumpaskan makhluk yang tidak nampak oleh mata kasar ini. Saya akan cuba mengulas dan mengupas teknik , cara , kaedah merawat diri dan pengalaman bertahun- tahun diganggu oleh makhluk tak berjasad. Jumpa lagi.