Teknik merawat diri 2
Assalamualaikum,
Hari ni baru ada mood nak sambung balik teknik merawat diri.
Teknik seterusnya ialah menggunakan limau. Tahukah pembaca limau banyak kegunaannya. Limau yang boleh digunakan untuk merawat diri termasuklah limau purut, limau nipis, lemon dan limau sunkist.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Limau boleh digunakan untuk makan, mandi dan menjadi air minuman. Kalau untuk dijadikan mandian gunakan limau nipis atau limau purut . Campurkan perahan limau dengan sebaldi air, sebanyak mana bilangan limau itu tidak menjadi masalah. Namun sebaik-baiknya dalam bilangan ganjil.
Limau juga boleh dimakan. Amalkan makan limau sunkist atau apa sahaja jenis limau yang boleh dimakan untuk menjauhkan gangguan sebanyak sebiji sehari.
Limau juga boleh dijadikan air minuman. Minum tanpa gula atau dengan gula.
Saya suka minum bergula.Ada juga teknik perubatan yang mencampurkan limau dengan garam. Sebenarnya campuran tersebut kurang berkesan. Kalau minum garam, ambillah garam sahaja, jika limau , limau sahaja. Teknik ini lebih besar impaknya .
Makhluk halus benci dengan asid . Semakin tinggi takat masam semakin dia sakit. Akhirnya dia akan keluar meninggalkan tubuh kita.
Apa-apapun jangan jemu merawat diri. Allah akan memberi kesembuhan jika kita tidak mudah putus asa. Insya Allah.

Comments
Post a Comment