Posts

Showing posts from March, 2020

Merawat santau angin menggunakan buah tembikai

Macam kelakar je tajuknya kan. Takkanlah semudah itu. Ye semudah A to z. Pernah tak tiba-tiba perut penuh angin, tiba-tiba jadi buncit. Keras dan tak selesa sangat . Nak buang airpun tak boleh. Mudah sahaja. Beli sebiji tembikai, sebiji ye tuan puan bukan sepotong kecik. Simpan dalam peti sejuk semalaman hingga betul- betul sejuk . Selepas itu potong dua. Simpan sebelah dalam peti sejuk manakala sebelah lagi makanlah sehingga habis. Kalau mampu habiskan dua potong dalam dua kali makan, contoh sekali pagi sekali malam. Makan ketika perut kosong. Insya Allah perut yang keras akan kembali lembut. Selamat merawat diri sendiri.

Sihir duit syiling

Assalamualaikum...apa khabar? Bertemu lagi dalam blog teknik merawat diri. Kebelakangan ini kerap kita dengar orang menggunakan sihir syiling. Sihir syiling? Apa tu? Ya, sihir menggunakan duit syiling. Sayapun terpaksa google apa fungsi sihir duit syiling ni..hehe. Ingat saya bukan perawat ya, saya juga banyak belajar dan masih sedang belajar. Google punya google saya dapatlah jawapannya. Sihir ini untuk merosakkan perniagaan seseorang, biasanyalah namun boleh juga digunakan untuk tujuan menyusahkan individu  supaya sakit dan macam macam lagilah tujuannya. Syiling ni biasanya dicampak di kawasam rumah. Dan biasanya dicampak di depan pintu atau muka jalan atau juga di dalam kawasan rumah atau kedai. Kalau jumpa jangan pegang ya. Nanti tercapailah impian tuan punya syiling tu. Apa yang perlu buat bila jumpa, ambil duit tu tapi jangan direct guna tangan. Masukkan dalam satu bekas dan dalam bekas tu masukkan segenggam garam. Kalau sihir tu baru dihantar dapatlah tengok ...