Posts

Showing posts from December, 2018

Teknik Merawat Diri 4

Selain menggunakan sumber alam kaedah lain yang boleh kita gunakan ialah teknik tepukan.   Teknik perubatan Islam biasanya menggunakan kayu, rotan atau ranting. Dan biasanya perawat yang akan merotan atau memukul pesakit. Ada juga perawat yang menggunakan teknik memukul dengan penyapu. Terpulang kepada ilmu dan kepandaian masing-masing. Namun teknik tepukan ini sebenarnya bersamaan dengan amalan yang dilakukan Rasullullah. Diriwayatkan Rasullullah pernah memukul bahagian tubuh sahabat untuk mengeluarkan makhluk yang diam di dalam tubuhnya. Menggunakan teknik ini, kita boleh menepuk bahagian tubuh yang sakit menggunakan tapak tangan berulang kali hingga hilang sakit tersebut. Selagi masih sakit teruskan merawat diri kerana biasanya ilmu yang dihantar tidak akan musnah dengan sekali tepukan. Pernah terjadi tapak tangan ditumbuhi biji dan menjadi gatal serta berair. Kulit tangan juga tercabut. Selepas konsisten menampar tapak tangan selepas setiap kali selesai solat, biji -bij...

Teknik Memagar Diri

Assalamualaikum Pagi ini saya ingin memperkenalkan teknik merawat dan memagar diri agar selamat dari gangguan makhluk yang tidak terlihat. Kali ini bukan menggunakan sumber alam sebaliknya nenggunakan kalimah zikir laillahailallah. Sekiranya serangan terlalu kuat amalkan zikir ini untuk membenteng diri. Bacalah sebanyak yang kita mampu dan niatkan untuk memagar diri dari serangan jin dan sebarang makhluk halus serta mata ain. Insya Allah , jin tidak akan dapat memasuki tubuh kita. Jika dengan izin Allah juga sakit ini akan pulang kembali kepada tuannya. Selamat merawat diri sendiri.