Teknik Merawat Diri 4

Selain menggunakan sumber alam kaedah lain yang boleh kita gunakan ialah teknik tepukan.

  Teknik perubatan Islam biasanya menggunakan kayu, rotan atau ranting. Dan biasanya perawat yang akan merotan atau memukul pesakit. Ada juga perawat yang menggunakan teknik memukul dengan penyapu. Terpulang kepada ilmu dan kepandaian masing-masing.

Namun teknik tepukan ini sebenarnya bersamaan dengan amalan yang dilakukan Rasullullah. Diriwayatkan Rasullullah pernah memukul bahagian tubuh sahabat untuk mengeluarkan makhluk yang diam di dalam tubuhnya.

Menggunakan teknik ini, kita boleh menepuk bahagian tubuh yang sakit menggunakan tapak tangan berulang kali hingga hilang sakit tersebut. Selagi masih sakit teruskan merawat diri kerana biasanya ilmu yang dihantar tidak akan musnah dengan sekali tepukan.

Pernah terjadi tapak tangan ditumbuhi biji dan menjadi gatal serta berair. Kulit tangan juga tercabut. Selepas konsisten menampar tapak tangan selepas setiap kali selesai solat, biji -biji terus hilang dan tapak tangan kembali normal. Yang penting istiqomah dan tidak berputus asa untuk melakukannya.

Lebih baik ketika melakukannya kita membaca 3 Qul. Serta niatkan dalam hati untuk memusnahkan makhluk tidak berjasad.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Sihir duit syiling

Teknik merawat diri 1

Teknik Merawat Diri 3