Teknik merawat diri 1

Assalamualaikum
Kembali bertemu di dunia maya. Kembali bertemu untuk belajar merawat diri. Sebenarnya tidak sukar untuk merawat diri sendiri jika kita tahu caranya. Kita cuma perlu menggunakan sumber alam yang ada di sekitar kita sahaja. Saya tidak menggunakan apa-apa bacaan, jampi atau serapah, azimat atau mantera. Hanya sumber alam semata-mata.

Teknik pertama
Menggunakan garam

Ramai yang tidak tahu bahawa garam merupakan bahan asas di dapur yang sangat mujarab untuk menjauhkan makhluk halus.
Ada pelbagai cara dan teknik menggunakan garam dalam kaedah merawat diri sendiri.

Pertama jadikan garam air minuman. Bancuh sesudu kecil garam dengan air sejuk atau air mati. Minumlah , terutama jika serangan sangat kuat. Kita akan terasa tubuh yang sakit menjadi lega dan serangan tiba-tiba berkurangan.

Kedua ambil garam sebelum makan . Ini amalan Rasulullah. Baginda mencelup hujung jari ke dalam garam dan dicecah sedikit ke mulut sebelum makan.Tujuannya untuk menghapuskan sihir dan keracunan.

Ketiga. Jadikan garam air mandian, lalu dicampur dengan limau. Mandilah 2 kali sehari, pagi dan petang. Insya Allah badan akan terasa ringan.

Kita mencuba, Allah yang meneyembuhkan.

Bersambung...


Comments

Popular posts from this blog

Sihir duit syiling

Teknik Merawat Diri 3