Mengenali jenis jin dan serangannya

Assalamualaikum,

Sebelum kita belajar teknik merawat diri , marilah belajar mengenali jenis jin dan penyakit yang dibawanya. Saya bukan perawat dan saya bukan ahli dalam bidang ini. Saya hanya berkongsi pengalaman saya selepas bertahun- tahun membina kekuatan dan mencari jalan penyelesaian bagi penyakit saya.

Jenis jin dan penyakit yang dibawanya antaranya ialah

a. Jin angin
Jin angin ini ialah jin yang menyerang kita dalam bentuk angin. Biasanya tiba-tiba angin terasa memasuki badan, perut menjadi keras, sukar buang air besar dan air kecil. Saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz yang menyatakan  beliau dimasukkan ke wad dan ditebuk di sana dan di sini kerana tak boleh membuang air kecil . Memang siksa jika tidak dapat membuang air kecil. Dan lebih siksa bila doktor tak dapat menemukan punca penyakit kita.

b. Jin malas
Jin ni saya panggil jin malas, sebab jin ni menyebabkan kita jadi malas. Kita malas nak bangun pagi, malas nak pergi kerja, malah nak buat apa-apapun kita rasa malas sangat tanpa kita tahu sebabnya. Kalau begitu yang kita rasakan maksudnya jin malas memang sudah menguasai kita. Kalau kita biar dan ikutnya akhirnya kerja kita akan tergadai dan hubungan dengan orang lain akan musnah

c. Jin sakit
Jin ini akan menyebabkan kita sakit seluruh badan. Sakit kepala, sakit kaki, sakit badan malah di mana-mana sahaja. Kalau jin sakit ini datang kita akan rasa tak keruan , sakit, rimas dan seribu satu rasa yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata.

d. Jin panas
Bila jin ini mengganggu biasanya kita akan rasa panas, huru hara dan tidak selesa. Rasa macam badan kita terbakar, atau dibakar oleh api lilin. Terutamanya di tempat tumpuan jin tersebut duduk. Bila kita mandipun kita tetap terasa bahangnya.

e. Jin sejuk
Bila jin sejuk menyerang , tubuh akan terasa bagai berada dalam air dingin atau ais. Tiba- tiba kaki menjadi sejuk, tubuh bagai terasa berada dalam peti sejuk tapi jauh lebih sejuk dan terasa menyerap ke dalam kulit. Waktu itu kita rasa bagai ingin berselimut tebal.  Sejuk yang kita rasa memang lain macam kerana sejuknya menyerap daging hingga ke tulang hitam .

Sampai di sini dulu penjelasan saya tentang jenis jin dan serangannya. Sebenarnya ada banyak lagi jenis jin dan gangguannya. Jika berkesempatan saya akan ulas lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Sihir duit syiling

Teknik merawat diri 1

Teknik Merawat Diri 3