Teknik Merawat Diri 3
Assalamualaikum,
Bertemu lagi dalam teknik merawat diri. Ini kaedah yang paling saya suka dan menjadi amalan saya yang berterusan. Jika diamalkan secara istiqamah akan kelihatan kesan positifnya.
Kaedah yang seterusnya mengunakan bawang putih. Bawang putih mengikut sains merupakan antibiotik terbaik untuk merawat serangan fizikal dan juga untuk kesihatan jantung.
Selain itu, bawang putih juga popular di negara barat untuk menjauhkan diri dari entiti asing , hingga dikatakan mereka menggantung bawang putih di pintu masuk rumah untuk mengelakkan gangguan makhluk halus. Mungkin kita sebagai orang Melayu kurang percaya dengan keampuhan bawang putih dalam menangani gangguan makhluk tak berjasad.
Sebenarnya aroma bawang putih sangat dibenci oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Baunya yang agak pelik dan menusuk biasanya menyebabkan mereka kesakitan. Dalam Islam sendiri orang yang memakan bawang tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid kerana dibimbangi mengganggu kosentrasi jemaah lain yang sedang beribadah. Bayangkan impak bawang putih ini!
Oleh itu manfaatkan kelebihan bawang sebagai senjata paling ampuh untuk menundukkan makhluk ini. Makanlah sekurang-kurangnya seulas bawang putih mentah sehari. Jika gangguan kuat , makanlah melebihi sebiji. Jika tidak mampu untuk dimakan mentah, boleh dipanggang. Bawang putih bakar akan mengeluarkan minyak dan aroma yang wangi.
Selain untuk rawatan makhluk tak berjasad, bawang putih juga bagus untuk jantung. Tak percaya, cubalah.
Selamat merawat diri sendiri.

Comments
Post a Comment