Posts

I will remember

 I will always remember this . This is a surprise Allah gave me. 25/9/2021. Lain yang kutunggu lain yang datang. Hari ini Sabtu . Ye...hari ini Sabtu bulan Safar. Dan tarikh Safar aku tak tahu berbaki berapa hari lg

Cara mandi garam yang betul

Assalamulaikum salam Ramadan buat semua. Kita sudah masuk hari ke 5 berpuasa, Allahuakbar pantasnya masa berjalan. Kita sudah berada di penghujung dunia, waktu bagai berlari. Dan kita juga masih berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan , entah bila Covid-19 akan berakhir.  Ramai ustaz mengingatkan waktu mewah, bahagia kita semakin penghujung dan kita bakal meniti hari-hari sukar. Dajjal semakin hampir nak keluar.Tapi perasan tak, orang tetap tak takut dan masih bermain sihir. Tukang sihir, bomoh dan dukun masih berleluasa menjual ilmu untuk menyakiti orang. Semakin dunia hampir kiamat makin orang dekat dengan jin dan syaitan. Allahuakbar. Mengulas tajuk tentang cara berkesan mandi garam. Ingat ye kita ini berikhtiar , yang menyembuh sudah tentu Allah SWT oleh itu berniatlah bahawa kita memohon kesembuhan dari Dia. Garam hanya asbab , semoga Allah meredai usaha kita untuk sembuh. Niatkan sembuh untuk menambah iman dan amal. Ambil segenggam garam, masukkan dalam secebuk air.

Merawat santau angin menggunakan buah tembikai

Macam kelakar je tajuknya kan. Takkanlah semudah itu. Ye semudah A to z. Pernah tak tiba-tiba perut penuh angin, tiba-tiba jadi buncit. Keras dan tak selesa sangat . Nak buang airpun tak boleh. Mudah sahaja. Beli sebiji tembikai, sebiji ye tuan puan bukan sepotong kecik. Simpan dalam peti sejuk semalaman hingga betul- betul sejuk . Selepas itu potong dua. Simpan sebelah dalam peti sejuk manakala sebelah lagi makanlah sehingga habis. Kalau mampu habiskan dua potong dalam dua kali makan, contoh sekali pagi sekali malam. Makan ketika perut kosong. Insya Allah perut yang keras akan kembali lembut. Selamat merawat diri sendiri.

Sihir duit syiling

Assalamualaikum...apa khabar? Bertemu lagi dalam blog teknik merawat diri. Kebelakangan ini kerap kita dengar orang menggunakan sihir syiling. Sihir syiling? Apa tu? Ya, sihir menggunakan duit syiling. Sayapun terpaksa google apa fungsi sihir duit syiling ni..hehe. Ingat saya bukan perawat ya, saya juga banyak belajar dan masih sedang belajar. Google punya google saya dapatlah jawapannya. Sihir ini untuk merosakkan perniagaan seseorang, biasanyalah namun boleh juga digunakan untuk tujuan menyusahkan individu  supaya sakit dan macam macam lagilah tujuannya. Syiling ni biasanya dicampak di kawasam rumah. Dan biasanya dicampak di depan pintu atau muka jalan atau juga di dalam kawasan rumah atau kedai. Kalau jumpa jangan pegang ya. Nanti tercapailah impian tuan punya syiling tu. Apa yang perlu buat bila jumpa, ambil duit tu tapi jangan direct guna tangan. Masukkan dalam satu bekas dan dalam bekas tu masukkan segenggam garam. Kalau sihir tu baru dihantar dapatlah tengok apa

Teknik Merawat Diri 4

Selain menggunakan sumber alam kaedah lain yang boleh kita gunakan ialah teknik tepukan.   Teknik perubatan Islam biasanya menggunakan kayu, rotan atau ranting. Dan biasanya perawat yang akan merotan atau memukul pesakit. Ada juga perawat yang menggunakan teknik memukul dengan penyapu. Terpulang kepada ilmu dan kepandaian masing-masing. Namun teknik tepukan ini sebenarnya bersamaan dengan amalan yang dilakukan Rasullullah. Diriwayatkan Rasullullah pernah memukul bahagian tubuh sahabat untuk mengeluarkan makhluk yang diam di dalam tubuhnya. Menggunakan teknik ini, kita boleh menepuk bahagian tubuh yang sakit menggunakan tapak tangan berulang kali hingga hilang sakit tersebut. Selagi masih sakit teruskan merawat diri kerana biasanya ilmu yang dihantar tidak akan musnah dengan sekali tepukan. Pernah terjadi tapak tangan ditumbuhi biji dan menjadi gatal serta berair. Kulit tangan juga tercabut. Selepas konsisten menampar tapak tangan selepas setiap kali selesai solat, biji -biji te

Teknik Memagar Diri

Assalamualaikum Pagi ini saya ingin memperkenalkan teknik merawat dan memagar diri agar selamat dari gangguan makhluk yang tidak terlihat. Kali ini bukan menggunakan sumber alam sebaliknya nenggunakan kalimah zikir laillahailallah. Sekiranya serangan terlalu kuat amalkan zikir ini untuk membenteng diri. Bacalah sebanyak yang kita mampu dan niatkan untuk memagar diri dari serangan jin dan sebarang makhluk halus serta mata ain. Insya Allah , jin tidak akan dapat memasuki tubuh kita. Jika dengan izin Allah juga sakit ini akan pulang kembali kepada tuannya. Selamat merawat diri sendiri.

Teknik Merawat Diri 3

Assalamualaikum, Bertemu lagi dalam teknik merawat diri. Ini kaedah yang paling saya suka dan menjadi amalan saya yang berterusan. Jika diamalkan secara istiqamah akan kelihatan kesan positifnya. Kaedah yang seterusnya mengunakan bawang putih. Bawang putih mengikut sains merupakan antibiotik terbaik untuk merawat serangan fizikal dan juga untuk kesihatan jantung. Selain itu, bawang putih juga popular di negara barat untuk menjauhkan diri dari entiti asing , hingga dikatakan mereka menggantung bawang putih di pintu masuk rumah untuk mengelakkan gangguan makhluk halus. Mungkin kita sebagai orang Melayu kurang percaya dengan keampuhan bawang putih dalam menangani gangguan makhluk tak berjasad. Sebenarnya aroma bawang putih sangat dibenci oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Baunya yang agak pelik dan menusuk biasanya menyebabkan mereka kesakitan. Dalam Islam sendiri orang yang memakan bawang tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid kerana dibimbangi mengganggu kosentra